Translate

Saturday 18 May 2013

KESENIAAN MALAYSIA

SENI MELAYU

SENI TARIAN INDIA


TARIAN SINGA KAUM CINA




pengisytiaraan malaysia


negaraku syurgaku


BUMI BERTUA : MALAYSIAKU GEMILANG


10 mercu tanda di malaysia

BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD.

10 mercu tanda di malaysia

STESAN KERETAPI  KUALA LUMPUR

10 mercu tanda di malaysia

MENARA KEMBAR NEGARA.

10 mercu tanda di malaysia

TAMAN PUTRA PERDANA PUTRA JAYA

10 mercu tanda di malaysia

PERDANA PUTRA ( BANDAR BIJAK )

10 mercu tanda di malaysia

GERBANG SERAMBI MEKAH - KEDAH

10 mercu tanda di malaysia

Kompleks Yayasan Al-Bukhari - Kedah

KEBANGAAN MALAYSIA



10 mercu tanda di malaysia



Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan terletak di Bandar Melaka dan berhampiran dengan kesan-kesan sejarah yang lain seperti A Famosa dan replika Istana Kesultanan Melaka.
Di hadapan memorial ini ialah Dataran Pahlawan.
Bangunan ini dibina pada tahun 1911. Sebelum itu bangunan ini dikenali sebagai Kelab Melaka. Bangunan ini juga digunakan untuk kegiatan sosial oleh golongan atasan dan pegawai-pegawai kerajaan pada zaman penjajahan Inggeris. Setelah merdeka, kelab ini dibuka kepada orang ramai. Kemudian pada 31 Ogos 1985, bangunan ini dijadikan memorial yang memuatkan segala dokumen tentang kemerdekaan.
Memorial ini ditubuhkan untuk mengambil dokumen tentang kemerdekaan negara. Selain itu, pameran di bangunan ini meliputi Zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Barang-barang yang dipamerkan meliputi dokumen, gambar, peta, perjanjian, teks ucapan, pita rakaman, minit-minit mesyuarat, majalah, keratan akhbar dan bahan-bahan artifek yang berkaitan dengan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan.
10 mercu tanda di malaysia

Bangunan Sultan Abdul Samad menjadi mercu tanda bandar raya Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena nama Sultan Selangor pada masa ia mula dibina 1894.Di hadapan bangunan indah ini beberapa peristiwa sejarah berlaku. Di sinilah tempat di mana bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan bendera Jalur Gemilang dikibarkan. Peristiwa ini menunjukkan berlalulah satu era dijajah kepada era masyarakat yang merdeka.Bangunan ini diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dalam kategori Tapak Warisan pada 2007 oleh Jabatan Warisan Negara,

            Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia di bawah Akta 645.Bangunan Sultan Abdul Samad ini terletak di hadapan Dataran Merdeka dan Kelab Diraja Selangor. Ia berdiri di Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul RahmanKuala LumpurMalaysia. Jalan Raja dahulunya Gombak Road.

      Pentadbiran British di Selangor memerlukan ibu pejabat baru bagi mentadbir negeri . Sebelum ini ibu negeri Selangor terletak di Klang dan agak jauh dari kawasan yang maju di Kuala Lumpur. Residen Jeneral British di Selangor pada waktu itu ialah Sir Frank Swettenham .Sultan Abdul Samad memerintah negeri Selangor dari 1857 hingga 1898 setuju Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri Selangor 

   Antara pejabat yang akan ditempatkan di sini ialah Sekretariat Kerajaan (G.S.O); bilik mesyuarat Majlis Negeri (Council Chamber); Pejabat Pos; Lembaga Kebersihan (Sanitary Board); Pejabat Kehakiman (Judicial Commissioner); Public Works Department (PWD); Audit dan Perbendaharaan; Pejabat Tanah; Jabatan Galian dan Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D. District Office.

Fungsi bangunan ini ditukar beberapa kali. Bangunan ini pernah dijadikan Mahkamah Agung di bawah Kementerian Kehakiman. Oleh itu disediakan tempat letak kereta untuk hakim - hakim dan pegawai–pegawai mahkamah.

KEBANGGAAN MALAYSIA


Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.

Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan..

Dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir AustriaFelix de Weldon yang bertanggungjawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di VirginiaAmerika Syarikat. Tugu ini juga adalah arca berkumpulan yang tertinggi di dunia.

Kompleks Tugu Negara yang ada kini di kawasan Taman Tasik dibuka pada 8 Februari 1966. Ia memasukkan Taman Peringatan sebagai lambang penghormatan negara kepada perwira yang mengorbankan jiwa mereka bagi menjaga keamanan negara Malaysia. Tiang asal dialih ke Kompleks Tugu Negara kini dan padanya tercatat tarikh tragedi kemanusiaan: Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1939-1945) dan Darurat (1948-1960).

Wednesday 15 May 2013

APAKAH ITU WAWASAN 2020 ......?


Usaha Untuk Mencapai Wawasan 2020
Keunikan dalam kemerdekaan Malaysia adalah Malaysia merupakan
sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama, etnik,
kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Oleh itu
perpaduan negara adalah merupakan matlamat penting dalam setiap dasar
yang dilaksanakan oleh kerajaan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial
dan politik supaya tidak berlakunya sebarang isu pilih kasih atau menyentuh
isu sensitif mana-mana kaum atau dalam erti kata lain tidak berlakunya isu
berat sebelah. Sekiranya ada sebarang kelemahan atau ketiadaan sentimen
perpaduan, maka negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman dan
kelemahan. Negara akan senang dimanipulasi atau disabotaj oleh mana
mana negara asing.
Dasar Wawasan 2020 telah diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir
Mohamad pada 28 Februari 1991, sewaktu persidangan Majlis Perdagangan
Malaysia di mana beliau telah membentangkan satu kertas kerja yang
bertajuk ‘Malaysia-The Way Forward’. Apakah maksud sebenar wawasan dan
bagaimana wawasan dapat membantu dalam pembangunan Malaysia?
Wawasan merupakan satu panduan yang menetapkan satu sasaran negara
yang harus dicapai dalam suatu tempoh masa tertentu. Wawasan yang baik
dan adil akan meliputi pelbagai aspek berkaitan dengan pembangunan
negara dalam hubungan dengan perkembangan ekonomi dunia secara
keseluruhannya serta seharusnya jelas dan diterima umum untuk memastikan
negara sentiasa maju ke hadapan. Arah tujuan, matlamat, strategi,
jangkamasa dan pencapaian sesebuah negara akan berlandaskan wawasan
yang telah ditetapkan. Negara tanpa wawasan adalah bagaikan kapal laut
yang dibawa belayar tanpa sebarang petunjuk, peta atau kompas – hanya
menunggu masa untuk sesat atau karam.
Matlamat Wawasan 2020 ialah untuk menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara yang benar-benar maju dari segi ekonomi, politik, sosial,
kerohanian dan kebudayaan menjelang tahun 2020. Ini bermaksud bahawa
untuk membina langkah bagi mencapai Wawasan 2020 dan menjadikan
Malaysia sebagai Negara Maju, seseorang itu harus tahu dan melengkapi diri
dengan pengetahuan mengenai sembilan cabaran Wawasan 2020.
Demi mencapai Wawasan 2020, kerajaan telah melaksanakan
pelbagai langkah untuk memastikan wawasan tersebut dapat dicapai. Ini 

FAKTOR - FAKTOR PENENTANGAN MELAYAN UNION



Faktor penentangan terhadap Malayan Union  :


1. Penghapusan kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu;


- Raja Melayu – ahli Majlis Raja Melayu tanpa kuasa.

- Kehilangan takhta dan maruah sebagai pelindung orang Melayu.

- Pungutan zakat di bawah kuasa gabenor British

2. Tamadun orang Melayu terhakis;
- Sistem beraja, Bahasa Melayu & tulisan Jawi terhakis.

- Ketuanan Melayu tercabar

- Orang Melayu bimbang kehilangan tanah air.


3. Kerakyatan yang terlalu liberal;

- Kerakyatan jus soli ancam status quo orang Melayu sebagai peribumi.

- Jumlah orang Melayu menjadi kecil akibat kemasukan golongan imigran.


4. Membantah tindakan Sir Harold MacMichael;

- Mengancam menurunkan raja-raja Melayu daripada takhta sekiranya baginda tidak menerima Malayan Union.

- Raja Melayu tidak diberikan masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri atau penasihat baginda seperti yang berlaku kepada Sultan Perak


Ciri-ciri Malayan Union

1. Mengubah status Tanah Melayu dari negeri naungan kepada Tanah Jajahan Mahkota.

2. Pentadbiran bersifat kesatuan.

3. Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan dua buah Negeri Selat iaitu negeri Pulau Pinang dan Melaka digabungkan

4. Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk.

5. Diketuai gabenor British

6. Gabenor dilantik oleh Raja England.

7. Kewarganegaraan sama rata melalui prinsip jus soli.

8. Raja jadi ahli Majlis Melayu -bincang soal agama Islam dan adat istiadat Melayu.

9 Pesuruhanjaya Negeri bagi setiap negeri

10. Parlimen British – pemutus undang-undang.
(c) Bentuk pentadbiran Malayan Union



Bentuk pentadbiran Malayan Union








PENUBUHAN MALAYAN UNION DI TANAH MELAYU


Malayan Union
1. Diisytiharkan oleh British pada 1 April 1946
2. di King’s House (Carcosa Seri Negara), KL
2. Gabenor pertama – Sir Edward Gent.
(a) Tujuan Penubuhan Malayan Union
1. Membentuk bangsa Malayan Union supaya golongan imigran menumpukan kesetiaan
2. Kawal kuasa politik Melayu yang bekerjasama dgn Jepun
3. Jimat perbelanjaan – Negeri Selat, Negeri-Melayu Bersekutu & Negeri Melayu Tidak Bersekutu digabungkan
4. Jamin penguasaan British terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu (pengeluar bijih timah dan getah)
5. Pastikan sumbangan golongan imigran sebagai sumber tenaga kerja dan pelabur tidak terjejas.
6. Kukuhkan pertahanan British
7. Wujudkan pentadbiran yang cekap dan seragam.
8. Sediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.

GAYA PENJAJAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU


KESAN - KESAN PENJAJAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU


Kesan Ekonomi Pendudukan Jepun
Matlamat Jepun untuk menguasai Tanah Melayu ialah untuk mengesploitasi bahan-bahan mentah dan meluaskan pasaran.Hasrat ini tidak tercapai kerana perang yang berlarutan dan terpaksa menghadapi sekatan ekonomi Barat. Tambahan pula jalan perhubungan darat banyak yang musnah kerana semasa British berundur, mereka mengamalkan dasar bumi hangus. Banyak lombong dan peralatan dimusnahkan. Semasa pendudukan Jepun, Tanah Melayu menghadapi tekanan ekonomi.Inflasi meningkat kerana Jepun mencetak wang tanpa kawalan. 65 juta wang diedarkan dalam masa dua bulan dan 285 juta wang kertas diedarkan sehingga Februari 1943. Jepun juga cuba memonopoli ekonomi Tanah Melayu. Permit-permit perniagaan dikeluarkan oleh pentadbiran tentera bagi memastikan syarikat-syarikat Jepun diberi layanan istimewa.

Kesan Sosial Pendudukan Jepun
Kehidupan rakyat terbeban.Kesihatan rakyat merosot.Ramai rakyat yang kehilangan tempat tinggal.  Mereka terpaksa hidup berpindah randah. Di samping itu banyak sekolah yang terpaksa ditutup dan pendidikan telah merosot.Masyarakat Cina menghadapi tekanan hebat kerana bersikap anti Jepun sebelum ini. Jepun mengamalkan dasar Sook Ching (pembersihan etnik).

Orang Cina juga dikehendaki membayar sejumlah 50 juta ringgit sebagai bayaran darah hutang dan hukuman kerana kegiatan anti-Jepun. Jepun memberikan layanan yang baik kepada orang India. Ramai pemimpin politik di India telah mempunyai hubungan yang baik dengan Jepun. Dengan bantuan Jepun, Tentera Nasional India dan Liga Kemerdekaan India ditubuhkan. Jepun menggalakkan pemimpin India untuk menentang British di negara itu.Tentera Nasional India telah merekrut seramai 20 ribu orang tentera yang pernah berkhidmat dengan pasukan British dan 30 ribu daripada kalangan buruh. Jepun dikatakan melaksanakan dasar pecah dan perintah. Orang Melayu diberikan layanan yang baik.

Namun kesan sosial yang diterima akibat peperangan tetap berat. Ramai pegawai kerajaan yang diberhentikan kerja. Ada yang dipotong gaji dan berhadapan dengan masalah inflasi. Ramai kakitangan kerajaan yang terpaksa menjalankan aktiviti pertanian untuk mencukupkan makanan. Kesukaran hidup masyarakat pada zaman ini dikenali sebagai "Zaman Ubi Kayu".Sekolah Inggeris ditutup sebagai usaha menjepunkan rakyat Tanah Melayu. Tumpuan diberikan kepada penggunaan bahasa Jepun. Pelbagai rancangan propaganda diadakan dengan menggunakan akhbar, sekolah dan aktiviti sosial. Sekolah-sekolah khas dibentuk untuk melatih pemuda-pemuda bersemangat waja. Jepun berusaha membina seishin (semangat) pemuda-pemuda.

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1941-1945

Dasar imperialisme Jepun telah bermula seawal abad ke-19. Minat itu tambah mendalam selepas Perang Dunia Pertama apabila Jepun mahu menguasai sumber dan pasaran Asia Tenggara. Jepun menamakan gerakan menguasai Asia Tenggara sebagai Nanshin (Gerakan Ke Selatan). Kesan perkembangan fasisme telah lama berakar umbi dalam masyarakat Jepun dengan tradisi samurai. Jepun mempunyai pasukan tentera yang berpengaruh dalam pentadbiran. Tentera pernah cuba merampas kuasa tetapi gagal namun tetap berperanan penting. Belanjawan tentera juga meningkat dalam tahun 1938-1942. Kepentingan ekonomi telah mengheret Jepun ke dalam kancah perang. Jepun ingin mendapatkan bahan mentah dan pasaran yang berterusan. Perluasan kuasa Jepun juga dapat dikaitkan dengan program industrialisasi yang sedang berlangsung dengan pesat. Jepun yang bersikap agresif telah menewaskan China pada 1894-95 dan Rusia pada 1904-05.

Pada tahun 1930 berlaku kemelesetan ekonomi dunia. Kuasa Barat yang menjajah Asia Tenggara telah mengawal ketat kemasukan barangan Jepun ke Asia Tenggara. Asia Tenggara sebagai tanah jajahan menjanjikan bekalan minyak, getah, timah, dan hasil-hasil lain. Penaklukan Asia Tenggara sebagai sebahagian rancangan Jepun menubuhkan "Pemerintahan Baru Asia Timur Raya". Jepun juga ingin mempelopori sikap anti imperialisme Barat dalam kalangan orang Asia kerana Asia hanya untuk orang Asia Jepun menawan Tanah Melayu melalui Gerakan ke Selatan. Ia juga dikenali sebagai Polisi Laut Selatan. Jepun menggunakan slogan Pan Asia, Asia Timur Raya dan Daerah Kemakmuran Asia Timur Raya. Bermula dengan kaedah pengintipan pada 1936 bagi mencari maklumat kemas kini, Jepun menggunakan rakyatnya yang bermastautin di Asia Tenggara untuk tujuan tersebut.  Jepun membuat pakatan tentera dengan kerajaan Thai. Tanah-tanah milik Jepun di Johor dan Singapura digunakan untuk tujuan pengintipan Pangkalan Tentera Laut British di Singapura dan pertahanan pesisir pantai.

Pada 8 Disember 1941, Perdana Menteri Thai iaitu Phibun Songram menyatakan sokongan kerajaannya kepada Jepun. Langkah ini diikuti dengan termetrainya perjanjian Jepun-Siam. Thailand membenarkan tentera Jepun melalui negaranya untuk menyerang Tanah Melayu dan Burma. Dengan ini bumi Thai akan dijamin kemerdekaannya. Jepun mengisytiharkan perang ke atas Amerika Syarikat dan Britain pada 8 Disember 1941. Jepun menyerang Pearl Harbour terlebih dahulu. Jepun kemudiannya pulau-pulau penting di Pacific, Hong Kong dan Filipina. Rancangan menawan Tanah Melayu menjadi lebih penting dengan tertawannya Indo-China dan persetujuan Thai. Pasukan tentera Jepun yang menyerang Tanah Melayu adalah di bawah pimpinan Lt Jeneral Tomoyuki Yamashita.Serangan bermula di Kota Bharu, Kelantan pada tengah malam 7 Disember 1941.

Kronologi Kemaraan Tentera Jepun Sehingga Kejatuhan Singapura

Serangan ke atas Singapura bermula pada 8 Februari 1942 dan pada 15 Februari pulau itu telah jatuh kepada Jepun. Kejatuhan Tanah Melayu dan Singapura merupakan kekalahan yang mengaibkan dalam sejarah British. Sebab utama kekalahan British ialah angkatan bersenjata British terlalu lemah untuk mengekang kemaraan Jepun. Serangan Jepun ke atas Pelabuhan Pearl dan kemaraan Jerman di Eropah telah melenyapkan peluang untuk mendapatkan bantuan terhadap tentera British di Tanah Melayu.

SEJARAH YANG MENJADI PENGAJARAN



Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969



1.            Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun



Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.



2.                  Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris


Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.1 Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang



3.         Latar belakang pendidikan yang berbeza


Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India .4 Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.


4.            Pertelingkahan Parti Politik


Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang .

Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan .


5.            Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu

PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu.
Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina .

6.             Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara

Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.10 Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.


Kesimpulan


Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimenafaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.

Peristiwa 13 Mei 1969




Pengenalan


Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.

Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negetif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.

peristiwa 13 Mei 1969

Pilihan Raya.


                           Selepas peristiwa Perang Dunia Kedua berakhir pada tahun 1945, diikuti dengan pengunduran Tentera Jepun dari Tanah Melayu, semangat nasionalisme di kalangan rakyat Tanah Melayu ketika itu amat ketara. Tertubuhnya parti-parti politik untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka ini mendapat kuasa melalui pilihan raya yang diadakan untuk memilih kerajaan.

                   Tujuan utama parti-parti politik ini bertanding ialah untuk memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat Malaysia) atau Dewan Undangan Negerisupaya boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Calon-calon yang memperoleh majoriti undi di bahagian yang mereka bertanding akan diisytihar menang. Pilihan raya umum Malaysia diadakan secara berkala bagi melantik wakil-wakil rakyat ini. Dan sekiranya berlaku kekosongan di antara tempoh pilihan raya umum, pilihan raya kecil boleh diadakan bagi mengisi kekosongan tersebut.

Pembubaran Parlimen 2013


tungku Abdul Rahman

Video Kemerdekaan

Ketua Negara


Yang di-Pertuan Agong atau Raja Malaysia  ialah gelaran rasmi bagi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua kerajaan, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri[1].
Yang di-Pertuan Agong Malaysia sekarang ialah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari negeri Kedah.

konsep Persekutuan


Ditinjau dari sudut sejarah, konsep federalisme di negara kita telah wujud dan diguna pakai sejak 1896. Ia bermula apabila kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu diperkenalkan melalui Perjanjian Persekutuan 1895 yang menggabungkan empat negeri yang dijajah British iaitu Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan di bawah satu kerajaan pusat yang diketuai oleh seorang Residen Jeneral. Setiap negeri itu pula diketuai oleh seorang Residen yang mentadbir berdasarkan panduan kuasa yang telah digariskan.
Sebelum itu, keempat-empat negeri tersebut diperintah oleh Residen masing-masing dengan memiliki kuasa yang terlalu luas sehingga kemajuan dan pembangunan di keempat-empat negeri itu tidak seimbang. Konsep federalisme yang dilaksanakan British itu telah berjaya mengubah landskap pembangunan di kesemua negeri terbabit. Banyak masalah dapat diatasi melalui pemerintahan berpusat itu.
Seterusnya pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan berasaskan prinsip federalisme bagi menggantikan Malayan Union (Kesatuan Malaya) yang ditubuhkan pada 1946 tetapi mendapat tentangan hebat orang Melayu. Ketika negara mencapai kemerdekaan pada 1957, kesemua negeri-negeri di Tanah Melayu menandatangani perjanjian persekutuan dan menerima kewujudan negara yang dikenali sebagai 'Persekutuan Tanah Melayu' dengan kerajaan pusatnya berada di Kuala Lumpur.
Justeru, jika kita meneliti peruntukan asal Perlembagaan Perkara 1 (1), Perlembagaan Persekutuan 1957 dengan jelas menyatakan bahawa 'Persekutuan hendaklah dikenali dengan nama Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya).' Pada 16 September 1963, idea mengenai gagasan Malaysia yang diilhamkan Tunku Abdul Rahman pada 1961 telah dapat direalisasikan. Sabah, Sarawak dan Singapura bersetuju untuk berada dalam Persekutuan yang dikenali sebagai Persekutuan Malaysia.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada itu digunakan dengan pindaan dibuat bagi membolehkan kemasukan Singapura, Sabah dan Sarawak. Perkara 1 (1) Perlembagaan Persekutuan yang telah dipinda menyebut bahawa 'Persekutuan adalah dinamakan Malaysia dalam Bahasa Melayu dan dalam Bahasa Inggeris'. Di dalam Perkara 1(2) disebut dengan jelas 13 buah negeri di dalam Persekutuan. Singapura menarik diri dari Malaysia dan menjadi sebuah negara merdeka pada 1965.
Secara mudahnya, konsep federalisme menonjolkan ciri-ciri pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Doktrin pengasingan kuasa juga menetapkan wujudnya pembahagian kuasa antara tiga badan utama iaitu badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman. Doktrin pengasingan kuasa bertujuan memastikan setiap cabang kuasa itu tidak diganggu atau dipengaruhi oleh cabang kuasa lain.
Ringkasnya, tiada campur tangan antara satu sama lain. Namun, check and balance antara satu sama lain tetap berlaku mengikut peranan masing-masing. Dari segi praktiknya, kerajaan pusat mempunyai bidang kuasa memerintah melalui Dewan Rakyat, manakala kerajaan negeri pula melalui Dewan Undangan Negeri. Di antara kuasa-kuasa yang ada pada kerajaan pusat adalah kewarganegaraan Persekutuan, hubungan luar, pertahanan, keselamatan dalam negeri, kewangan, pendidikan, perdagangan dan industri.
Kuasa kerajaan negeri pula merangkumi undang-undang Islam, tanah, pertanian dan perhutanan, kerajaan tempatan, perkhidmatan tempatan dan jentera kerajaan negeri. Untuk memastikan tujuan, agenda dan misi negara (nasional) tercapai, maka kerajaan negeri dan kerajaan pusat bersetuju bekerjasama dalam banyak bidang.
Di antara kuasa bersama ialah kebajikan awam, biasiswa, taman negara dan hidupan liar, parit dan tali air dan perkara-perkara lain yang bersangkutan. Kerajaan atau pemerintahan pusat juga mengatur beberapa urusan yang dianggap nasional yang perlu diikuti oleh kerajaan negeri. Pemerintah pusat mengatur polisi nasional untuk kesejahteraan seluruh negeri dan rakyat. Bagaimanapun, kerajaan pusat masih tetap menghormati bidang kuasa yang dimiliki oleh negeri.
Satu lagi unsur penting dalam sistem federalisme di negara kita ialah ketua negara adalah Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Institusi YDPA dibentuk setelah negara mencapai kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan diperkenalkan. Sebelum itu, terdapat sembilan raja-raja Melayu yang berkuasa ke atas negeri masing-masing. Apabila institusi YDPA diperkenalkan, maka seorang daripada mereka akan dipilih bagi setiap lima tahun untuk memegang jawatan tersebut.
Berdasarkan Perlembagaan Negara, takhta YDPA diperoleh secara lantikan mengikut Jadual iii Perlembagaan Malaysia. Baginda dipilih mengikut kekananan dalam negara dan pemilihan dilakukan oleh Majlis Raja-raja. Ini bermakna Raja-raja Melayu akan bersidang setiap lima tahun untuk memilih salah seorang daripada mereka sebagai YDPA. Baginda adalah seorang Raja Berperlembagaan yang melaksanakan kuasanya secara terikat mengikut perlembagaan yang telah ditetapkan.
Baginda memerintah mengikut nasihat jemaah menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri. Perlu difahami bahawa Perdana Menteri boleh dilantik berdasarkan budi bicara baginda sendiri. Baginda mempunyai beberapa keutamaan dan keistimewaan seperti yang diperuntukkan di dalam perlembagaan. Misalnya, baginda tidak boleh didakwa di dalam perbicaraan mana-mana mahkamah sekalipun.
Baginda yang merupakan sebahagian daripada Parlimen juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Baginda juga bertindak sebagai Ketua Agama Islam di Malaysia dan juga negeri-negeri yang tidak beraja seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.
Selain itu, baginda boleh mengisytiharkan pembubaran Parlimen jika Parlimen hendak dibubarkan. Baginda juga mempunyai kuasa mengisytiharkan darurat jika baginda sendiri berpendapat keadaan memang memerlukan baginda berbuat demikian. Kedua-dua perkara tersebut akan dilaksanakan baginda atas nasihat Perdana Menteri. Baginda juga boleh memanggil raja-raja lain untuk mengadakan mesyuarat Majlis Raja-raja dan boleh membuat segala keputusan dalam mesyuarat itu.
Demikian juga, sebelum sesuatu rang undang-undang itu menjadi undang-undang, ia perlu mendapat perkenan baginda dalam tempoh 15 hari daripada rang undang-undang itu dipersembahkan kepada baginda. Jika selepas tempoh itu, rang undang-undang itu tetap akan diluluskan dengan menganggap rang undang-undang itu telah dipersetujui oleh baginda.
Ini adalah kerana rang undang-undang itu telah dibuat oleh Parlimen di mana YDPA adalah sebahagian daripada Parlimen itu sendiri. Justeru, apabila sesuatu rang undang-undang itu telah diluluskan oleh Dewan Negara dan Dewan Rakyat, maka rang undang-undang itu telah sah dan hanya memerlukan cop mohor daripada baginda atas nasihat Perdana Menteri.
Hanya undang-undang yang menyentuh hak, kedudukan, keistimewaan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu yang perlu mendapat persetujuan Majlis Raja-raja Melayu terlebih dahulu jika hendak diluluskan.
Di peringkat negeri pula, Sultan-sultan Melayu, Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri adalah ketua kerajaan bagi negeri yang baginda warisi. Namun, seperti juga YDPA, baginda tidak mempunyai kuasa mutlak untuk memerintah negeri masing-masing. Baginda menjalankan tugas dengan nasihat Menteri Besar atau pun Ketua Menteri.
Di negeri-negeri yang beraja, baginda juga adalah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing kecuali bagi empat negeri yang mana ketuanya adalah YDPA.
Kesimpulannya, sehingga kini konsep federalisme yang diperkenalkan sejak merdeka masih lagi berjalan dengan berkesan di negara ini. Prinsip pengasingan kuasa bagi tiga badan utama iaitu badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman masih lagi berjalan dengan baik. Kedudukan YDPA masih lagi kukuh dan dapat berfungsi dengan baik.
Kerajaan negeri masih bebas menjalankan kuasanya. Setiap Dewan Undangan Negeri di negara ini masih berfungsi dengan baik tanpa campur tangan kerajaan pusat. Ini termasuk di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang. Dewan Undangan Negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kedah terus dapat bersidang tanpa sebarang halangan.
Polisi-polisi nasional yang dibuat oleh kerajaan pusat pula tetap mengambil kira kepentingan semua rakyat tanpa mengira kaum dan ia juga tidak meminggirkan mana-mana negeri di negara ini. Semuanya menikmati faedah dan kebaikan yang sama. Kerajaan terus berusaha keras untuk menyeimbangkan pembangunan dan kemajuan di setiap negeri, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Sunday 5 May 2013

merdeka...


ejarah awal Malaysia bermula dengan kewujudan manusia awal berusia 40,000 tahun yang ditemui di Kompleks Gua Mulu dan kompleks gua niah, Sarawak. Secara dasarnya sejarah negara ini telah melalui empat zaman utama sejarah manusia iaitu Prasejarah, Proto Sejarah, Zaman Pertengahan dan Zaman Kolonial.
Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China dan Indiamemulakan perdagangan mereka melalui pelabuhan di Selat Melaka. Penemuan beberapa tapak arkeologi Zaman Proto Sejarah membuktikan wujud petempatan pesisiran pantai seawal abad ke-2 Masihi lagi. Ia membawa kepada kemunculan kerajaan awal sebelum abad ke-10 adalah merupakan penemepatan pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, dan Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis pada tahun 1511 diikuti oleh Belanda dan Britain untuk mewujudkan penempatan atau koloni di Selat Melaka.
Manakala di Borneo pula, kewujudan kerajaan purba Marudu sebelum abad ke-13 Masehi dan Santubung lebih awal lagi membuktikan telah wujud entiti politik yang mendahului kewujudan Kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu.

election in Malaysia

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Malaysia