Translate
Wednesday, 15 May 2013
FAKTOR - FAKTOR PENENTANGAN MELAYAN UNION
Faktor penentangan terhadap Malayan Union :
1. Penghapusan kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu;
- Raja Melayu – ahli Majlis Raja Melayu tanpa kuasa.
- Kehilangan takhta dan maruah sebagai pelindung orang Melayu.
- Pungutan zakat di bawah kuasa gabenor British
2. Tamadun orang Melayu terhakis;
- Ketuanan Melayu tercabar
- Orang Melayu bimbang kehilangan tanah air.
3. Kerakyatan yang terlalu liberal;
- Kerakyatan jus soli ancam status quo orang Melayu sebagai peribumi.
- Jumlah orang Melayu menjadi kecil akibat kemasukan golongan imigran.
4. Membantah tindakan Sir Harold MacMichael;
- Mengancam menurunkan raja-raja Melayu daripada takhta sekiranya baginda tidak menerima Malayan Union.
- Raja Melayu tidak diberikan masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri atau penasihat baginda seperti yang berlaku kepada Sultan Perak
Ciri-ciri Malayan Union
1. Mengubah status Tanah Melayu dari negeri naungan kepada Tanah Jajahan Mahkota.
2. Pentadbiran bersifat kesatuan.
3. Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan dua buah Negeri Selat iaitu negeri Pulau Pinang dan Melaka digabungkan
4. Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk.
5. Diketuai gabenor British
6. Gabenor dilantik oleh Raja England.
7. Kewarganegaraan sama rata melalui prinsip jus soli.
8. Raja jadi ahli Majlis Melayu -bincang soal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
9 Pesuruhanjaya Negeri bagi setiap negeri
10. Parlimen British – pemutus undang-undang.
(c) Bentuk pentadbiran Malayan Union
Bentuk pentadbiran Malayan Union
PENUBUHAN MALAYAN UNION DI TANAH MELAYU
Malayan Union
1. Diisytiharkan oleh British pada 1 April 1946
2. di King’s House (Carcosa Seri Negara), KL
2. Gabenor pertama – Sir Edward Gent.
(a) Tujuan Penubuhan Malayan Union
1. Membentuk bangsa Malayan Union supaya golongan imigran menumpukan kesetiaan
2. Kawal kuasa politik Melayu yang bekerjasama dgn Jepun
3. Jimat perbelanjaan – Negeri Selat, Negeri-Melayu Bersekutu & Negeri Melayu Tidak Bersekutu digabungkan
4. Jamin penguasaan British terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu (pengeluar bijih timah dan getah)
5. Pastikan sumbangan golongan imigran sebagai sumber tenaga kerja dan pelabur tidak terjejas.
6. Kukuhkan pertahanan British
7. Wujudkan pentadbiran yang cekap dan seragam.
8. Sediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.
KESAN - KESAN PENJAJAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU
Kesan Ekonomi Pendudukan Jepun
Matlamat Jepun untuk menguasai Tanah Melayu ialah untuk mengesploitasi bahan-bahan mentah dan meluaskan pasaran.Hasrat ini tidak tercapai kerana perang yang berlarutan dan terpaksa menghadapi sekatan ekonomi Barat. Tambahan pula jalan perhubungan darat banyak yang musnah kerana semasa British berundur, mereka mengamalkan dasar bumi hangus. Banyak lombong dan peralatan dimusnahkan. Semasa pendudukan Jepun, Tanah Melayu menghadapi tekanan ekonomi.Inflasi meningkat kerana Jepun mencetak wang tanpa kawalan. 65 juta wang diedarkan dalam masa dua bulan dan 285 juta wang kertas diedarkan sehingga Februari 1943. Jepun juga cuba memonopoli ekonomi Tanah Melayu. Permit-permit perniagaan dikeluarkan oleh pentadbiran tentera bagi memastikan syarikat-syarikat Jepun diberi layanan istimewa.
Kesan Sosial Pendudukan Jepun
Kehidupan rakyat terbeban.Kesihatan rakyat merosot.Ramai rakyat yang kehilangan tempat tinggal. Mereka terpaksa hidup berpindah randah. Di samping itu banyak sekolah yang terpaksa ditutup dan pendidikan telah merosot.Masyarakat Cina menghadapi tekanan hebat kerana bersikap anti Jepun sebelum ini. Jepun mengamalkan dasar Sook Ching (pembersihan etnik).
Orang Cina juga dikehendaki membayar sejumlah 50 juta ringgit sebagai bayaran darah hutang dan hukuman kerana kegiatan anti-Jepun. Jepun memberikan layanan yang baik kepada orang India. Ramai pemimpin politik di India telah mempunyai hubungan yang baik dengan Jepun. Dengan bantuan Jepun, Tentera Nasional India dan Liga Kemerdekaan India ditubuhkan. Jepun menggalakkan pemimpin India untuk menentang British di negara itu.Tentera Nasional India telah merekrut seramai 20 ribu orang tentera yang pernah berkhidmat dengan pasukan British dan 30 ribu daripada kalangan buruh. Jepun dikatakan melaksanakan dasar pecah dan perintah. Orang Melayu diberikan layanan yang baik.
Namun kesan sosial yang diterima akibat peperangan tetap berat. Ramai pegawai kerajaan yang diberhentikan kerja. Ada yang dipotong gaji dan berhadapan dengan masalah inflasi. Ramai kakitangan kerajaan yang terpaksa menjalankan aktiviti pertanian untuk mencukupkan makanan. Kesukaran hidup masyarakat pada zaman ini dikenali sebagai "Zaman Ubi Kayu".Sekolah Inggeris ditutup sebagai usaha menjepunkan rakyat Tanah Melayu. Tumpuan diberikan kepada penggunaan bahasa Jepun. Pelbagai rancangan propaganda diadakan dengan menggunakan akhbar, sekolah dan aktiviti sosial. Sekolah-sekolah khas dibentuk untuk melatih pemuda-pemuda bersemangat waja. Jepun berusaha membina seishin (semangat) pemuda-pemuda.
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1941-1945
Dasar imperialisme Jepun telah bermula seawal abad ke-19. Minat itu tambah mendalam selepas Perang Dunia Pertama apabila Jepun mahu menguasai sumber dan pasaran Asia Tenggara. Jepun menamakan gerakan menguasai Asia Tenggara sebagai Nanshin (Gerakan Ke Selatan). Kesan perkembangan fasisme telah lama berakar umbi dalam masyarakat Jepun dengan tradisi samurai. Jepun mempunyai pasukan tentera yang berpengaruh dalam pentadbiran. Tentera pernah cuba merampas kuasa tetapi gagal namun tetap berperanan penting. Belanjawan tentera juga meningkat dalam tahun 1938-1942. Kepentingan ekonomi telah mengheret Jepun ke dalam kancah perang. Jepun ingin mendapatkan bahan mentah dan pasaran yang berterusan. Perluasan kuasa Jepun juga dapat dikaitkan dengan program industrialisasi yang sedang berlangsung dengan pesat. Jepun yang bersikap agresif telah menewaskan China pada 1894-95 dan Rusia pada 1904-05.
Pada tahun 1930 berlaku kemelesetan ekonomi dunia. Kuasa Barat yang menjajah Asia Tenggara telah mengawal ketat kemasukan barangan Jepun ke Asia Tenggara. Asia Tenggara sebagai tanah jajahan menjanjikan bekalan minyak, getah, timah, dan hasil-hasil lain. Penaklukan Asia Tenggara sebagai sebahagian rancangan Jepun menubuhkan "Pemerintahan Baru Asia Timur Raya". Jepun juga ingin mempelopori sikap anti imperialisme Barat dalam kalangan orang Asia kerana Asia hanya untuk orang Asia Jepun menawan Tanah Melayu melalui Gerakan ke Selatan. Ia juga dikenali sebagai Polisi Laut Selatan. Jepun menggunakan slogan Pan Asia, Asia Timur Raya dan Daerah Kemakmuran Asia Timur Raya. Bermula dengan kaedah pengintipan pada 1936 bagi mencari maklumat kemas kini, Jepun menggunakan rakyatnya yang bermastautin di Asia Tenggara untuk tujuan tersebut. Jepun membuat pakatan tentera dengan kerajaan Thai. Tanah-tanah milik Jepun di Johor dan Singapura digunakan untuk tujuan pengintipan Pangkalan Tentera Laut British di Singapura dan pertahanan pesisir pantai.
Pada 8 Disember 1941, Perdana Menteri Thai iaitu Phibun Songram menyatakan sokongan kerajaannya kepada Jepun. Langkah ini diikuti dengan termetrainya perjanjian Jepun-Siam. Thailand membenarkan tentera Jepun melalui negaranya untuk menyerang Tanah Melayu dan Burma. Dengan ini bumi Thai akan dijamin kemerdekaannya. Jepun mengisytiharkan perang ke atas Amerika Syarikat dan Britain pada 8 Disember 1941. Jepun menyerang Pearl Harbour terlebih dahulu. Jepun kemudiannya pulau-pulau penting di Pacific, Hong Kong dan Filipina. Rancangan menawan Tanah Melayu menjadi lebih penting dengan tertawannya Indo-China dan persetujuan Thai. Pasukan tentera Jepun yang menyerang Tanah Melayu adalah di bawah pimpinan Lt Jeneral Tomoyuki Yamashita.Serangan bermula di Kota Bharu, Kelantan pada tengah malam 7 Disember 1941.
Kronologi Kemaraan Tentera Jepun Sehingga Kejatuhan Singapura
Serangan ke atas Singapura bermula pada 8 Februari 1942 dan pada 15 Februari pulau itu telah jatuh kepada Jepun. Kejatuhan Tanah Melayu dan Singapura merupakan kekalahan yang mengaibkan dalam sejarah British. Sebab utama kekalahan British ialah angkatan bersenjata British terlalu lemah untuk mengekang kemaraan Jepun. Serangan Jepun ke atas Pelabuhan Pearl dan kemaraan Jerman di Eropah telah melenyapkan peluang untuk mendapatkan bantuan terhadap tentera British di Tanah Melayu.
Subscribe to:
Posts (Atom)